Friday, August 29, 2008

PROFESSIONALISM



Aku taw, aku x layak sebenarnya utk membincangkan perkara ni. Aku hanyalah pelajar postgrad biasa dan belum memegang apa2 ’title’ yg membolehkan aku layak bercakap perkara ni. Ttp bende ni hanyalah utk mengingatkan diri sendiri spy JANGAN mengulagi apa yg dlakukan oleh ’mereka2’ skrang. Wpun aku taw risiko besar, tp aku harap…x berlaku kpd org2 lain… Bagi aku, bila aku masuk jek bidang nih, professionalisme sgt penting. Especially dlm bidang research yg memerlukan data yg tepat, pembuktian kajian yg dilakukan dan analisis yg sahih sepanjang kajian dijalankan. Ttp peristiwa nie tlh byk2 mengecewakan aku. X sangka, dlm profesion yg ’sgt dihormati’ ini, ada pihak yg mengambil kesempatan dgn ’title’ yg diberikan, menjalankan kajian dgn TIDAK AMANAH SEKALI. Oleh itu, jgn sesekali korang sangka, bidang professional spt ini pon, berlaku perkara2 seperti berikut, malah dilakukan oleh mereka yg mempunyai ’title’:

1. Plagiarism

Aku x pernah terfikir ada jugak budaya cenggini berlaku kpd org2 yg ’dihormati’ . Selalunya, plagarism sgt sukar dikesan especially dlm bidang research. Aku akui, kdg2 student @ penyelidik2 baru agak mudah terjebak krn kurangnya penguasaan dln B.Inggeris dan kurang pnglaman menulis. Kesalahan tidak patut diletakkan ke atas bahu mereka krn mungkin itu salah satu dr proses pembelajaran. Tapi, kekecewan aku bertambah apabila ’org2 yg dihormati/berpengalaman’ pula menggalakkan ’budaya’ ini kpd penyelidik2 muda. Malah, menunjukkan perenggan mana yg boleh di ’copy’ and ’paste’! Tidakkah ada sekelumit malu di dlm diri mereka menggalakkan budaya ini dan dlm masa yg sama masih memegang ’title’ terhormat itu dgn megah? Di manakah professionalisme mereka sbg seorang yg dihormati di dalam bidang penyelidikan?

2. Penipuan dlm research

Perkara ni jugak mudah dibuat memandangkan ianya sukar dikesan oleh pihak2 lain. Bagi aku, bila sesuatu research harus dijalankan, ia bukan sekadar kerja, tp AMANAH yg perlu digalas dan dilakukan sebaiknya. Jika ianya dicapai dgn cara yg salah, mungkin pihak lain tidak akan perasan, tapi di akhirat, semuanya akan dihitung. Justeru, penipuan dlm research boleh juga dikatakan sbg PECAH AMANAH seterusnya merupakan salah satu DOSA BESAR dlm agama kita! Antara penipuan yg sering dilakukan:

- tak pergi ke lapangan ttp hanya menggarkan dan mencipta data

- Gunakan kaedah/cara A, ttp dlm penulisan, dinyatakan menggunakan kaedah B

- Modify data utuk mencapai keputusan yg diinginkan

- Menunjukkan bukti kajian bukan di tempat kajian(spt foto, alatan dsb)



apa yg boleh aku katakan ttg gamba nih ialah:gamba nih diambil utk FYP Wafi. Kali kedua kami ke Gunung Stong, Kelantan hanya semata-mata untuk mengambil gambar bersama Renjer Hutan bg membuktikan kami pernah menjalankan kajian di situ! Ini baru betul2 dinamakan research!

3. Pengabaian tugas

Lebih2 lagi dlm bidang professional, gaji yg diperoleh agak lumayan. Berbanding bidang lain, usaha keras perlu dilakukan utk mendapat income lebih.Namun, agak kecewa masih ada sikap tidak bertanggungjawab dan mengabaikan tugas, malah melepaskannya kpd org bawahan.. Adehla...tidakkah mereka rasa malu gaji yg diperoleh tidak setimpal dgn usaha yg dilakukan? Tidakkah mereka terfikir akan ketidakberkatan rezeki yg diperoleh utk dijadikan makan/kegunaan anak dan isteri tersayang dan seterusnya menjadi darah daging yg kekal abadi? Baru kini aku terfikir (peristiwa sewaktu aku kecil dahulu), mengapa Tun M mengalunkan sajak ’Melayu mudah Lupa’, malah pernah menangis krn tidak dpt mengubah mentaliti org2 Melayu yg asyik mengharapkan bantuan kerajaan, kenaikan gaji ttp dlm masa yg sama TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dlm melaksanakan amanah yg diberikan tpp masih lagi mengharapkan MASA DEPAN YG GEMILANG!

Sebenarnya, byk lg yg ingin aku tulis, ttp cukuplah..X kan kerana nila setitik, aku mahu buang semua baju yg bersidaian..kan..Aku pasti, ramai lagi yg masih mengamalkan professionalisme dlm bidang research nie.(Aminnn....). Sbg org baru, aku harap ’peristiwa’ nie xkan jejaskan semangat dan keinginan aku. Aku harap, DIA akan sentiasa melindungi aku drpd melakukan perkara2 yg tidak sepatutnya dilakukan oleh insan yg telah diberikan AMANAH oleh-NYA....


NEGARA TELAH MERDEKA, TETAPI ADAKAH DIRI KITA TELAH MERDEKA?

Thursday, August 28, 2008

Apabila tanggungjawab 'org laen' diserahkan kpd diriku.....

Errrr.....tgk tajok pon da taw kanss...Alahai...aku bukannye xmo tolong, tp keje aku yg blambak2 pon x settle lg nih... Kalau ko kwn aku, dan keje tuh x menyusahkan aku utk SETAHUN, aku x kisah. Mslhnyer, gaji dan kddkn ko levey besar dr aku (Alamak! terbagi klu lah pulaks)... Kekadang betol gak, amik bende nih utk experience..tp kalau smpi berkali2, maunyer x hangin kann....Yg pling x tahan sblm nih, bolehlah pulak dirimu meninggalkan tjawab ittew kpdku sedangkan dirimu seronok2 bercoti2 malaysia erk! (sorry, ader pemberi maklumat x bertauliah tlh memberitahu :p).

Finally, terpakselah aku pujuk dr sendiri..."Xpe2..amik nih sbg pengalaman ye... Ne taw pasni ko lak leh 'caras' kddkn die" ((wuuish...jaatnyer pemikiran aku skang..hik2)) . nk smbunk keje balik..adehai....dah le friendster x leh bukak (nmpak sgt soh aku pokus kije nieh..hik2)....Adios kompress

Tuesday, August 26, 2008

Kes sekolah lamaku – SEMESTI part II

Nie br ulasan aku....

Alahai..memule aku terkezut la jugaks satu ari nieh...br jek fenat2 balik dr opis, housemate aku tego, "Weh! ko skull semesti kan? Skull ko masok tibitiga tadik (buletin utama lg u). Denga cite x mau kasik Menteri Pelajaran dtg skull"..Aku pon feliks..apekehye nyer yong! Br tinggal skull 6 tahun dh jadik cenggini? Oleh ittew, keesokan ari, aku dengan gigihnyer melayari la laman web utk mcarik citer sbenonyer...tp aiseh, takde lah pulaks..So bbrapa minggu lepas tuh br la keco kat friendster n blog2 x-semestian and semestian...

Menurut ape yg aku bace dr blog Amirfazwan n friendster, prob nih berpunca dr Pres PIBG aka En Razak (skung da X-Pres ~ fuh, seb baik...).. beginilah yg dpt aku rumuskan drpd pembacaan aku yg gigih ini...yah2...

1. SEMESTI nk smbot jubli perak (dh tue rhopernyer erk) - anta surat kat Men. Pelajaran - x balas - last2 dpt taw die x leh dtg..xpe arrr

2. Tanpa pengetahuan pihak skull - Pakcik Razak aka pers PIBG time tuh invite MP siap tukau tarikh lagik...Adehla...16 Ogos (time tuh dak2 exam lak tuh)

3. Bile pihak skull xmo wat, die hangin la...Trus wat press conf up panggey tibitiga masok lam buletin utama lagik...yg paling x tahan, siap wat banner bagai kat bandar Teluk Intan tuh (bandar kerr?). Rasionalnya, kenapa pihak press x tanya trus kat pihak sekolah main siar jek kenyataan Pres PIBG tuh? Sakit...sakit....

4. Yg aku mmg xleh tahan, tuduhan ke tas cikgu2 kekonon cikgu2 amalkan budaya ragging n buli bdk2 (aik? boleh cenggitu pulaks!)... Bukti plzzz..... kalu stakat cikgu tibai2 tuh besa la...hei..xkan tuh pon nk ngadu... Dlu kalau aku ngadu kne tibai ngn cikgu, bapak aku fon cikgu tuh soh tibai lg byk.. hei, aku ingat lagik time dlu abah aku mmg baik ngn cikgu Adenan (cikgi fizik aku nih).. Setiap kali jumpe mesti die kate... "Cikgu, kalau anak sy nie bengap sangat, tibai jek die nih".. Aiseh! bley cenggitu plaks...tp seb baik la aku nih baeekkk punya time skull dlu (tiffu!!!!!!!!!!!!!!!)

5. Pastuh, tuntut agar kuasa menggantung bdk di'share' bersama PIBG.. Maksudnyer, kalau nk gantung bdk wat salah, kne mintak izin PIBG dlu? Alahai...nie 1st time aku dengar lam sejarah PIBG skolh...abeh tuh kalo susah2 sgt, PIBG leh daftar jd cikgu ganti ke.. pantau la brape lame pong...

6. Menuduh cikgu2 SEMESTI asyik berpolitik, menentang kerajaan, malas ngajor - hello! xnampak result PMR/SPM ke pakcik oiiii...SEMESTI No 14 drpd 54 SBP seluruh Mesia okke (SPM 2007) Aku pling hangin kalau org yg x reti nk mengenang jasa guru nih... Alahai...kalau nk dceritakan ttg jasa2 guru2 aku kat SEMESTI tuh mmg x ternilai... Byk sgt citer yg aku x dpt lufer. Ye la, wpun aku nih spesis 'x makan saman' kat skull dlu, tp jasa2 cikgulah yg wat aku jd seseorang skrg...Seriusly, ble aku dpt taw jek kes nih mnyebabkan cikgu2 aku nih bersedih...aku nanges dpn laptop nih taw (wpun aku nih hati kering, chewah!)

7. Merungut SEMESTI xde kemudahan asas, xde air dsb - Okeh, isu air nie mmg da lme, since aku stat blaja dr 1998 lgik.. Tp yg aku x puas ati, nape nk cite heboh2 1 malaya? Pendapat aku arr, student skunk manje..xde air nk ngadu, xde letrik pon bising. Aku ingat lagik, time aku nk trial PMR esoknyer, malam tuh jugakla asrama xde air. Tpakselah aku n rakan2 menghangkut air dr pili bomba yg x brape nk sedap tuh... Tp time tuh xde pong keco2.. Abah aku siap ckp, "Eleh, dlu abah lg la. G skolah x mandi pon kekadang" Nk tergelak lak time tuh... Last2, dpt gak aku 8A PMR..hoorayyyy!!!!

Err...sbenonyew byk lagik aku nk ulas pasal mende nih...Tp kebizian melanda mnyebabkan aku tangguhkan dlu bebelan d cini erk... Lgpon, Pres PIBG tuh dah dipecat katernyer erk... Bagosla, harap2 x terjejas la cikgu2 n bdk2 kat skull tuh.... Wpun aku da lme tinggalkan skull, tp seriusly aku masih sygkan SEMESTI sbg tempat aku membesar n matang (Chewah!)... Kpd cikgu2, saaaaayang sgt2 cikgu..Jasa cikgu akan slaloo dikenang... Buat student2 SEMESTI, (meh dengor nasihat dr senior nih! hik2)...Hargailah masa korang kat sekolah nih...Jgn nk harap kesenangan jek..Bile korunk dah kuar nanti, cabarannya lg besar okke... Jg skull baik2... SEMESTI d best!


windu nyer kat skulll......uwaaaaa!!! (smbil nanges guling2)

Kes sekolah lamaku – SEMESTI part I

Sebelum ape2 utk diceritakan, aku nk tepek dlu keratan akhbar nih

Alih bahasa keratan akhbar Cina:
————————————————————————————————-

SEKOLAH MENENGAH MENIMBULKAN ISU DI MANA PIHAK SEKOLAH DITUDUH SALAH GUNA KUASA MENGHALANG KEHADIRAN DATUK SERI HISHAMMUDIN UNTUK MENGHADIRI MESYUARAT PIBG

(IPOH, 7/8/08)PIBG sebuah sekolah menengah di Teluk Intan menuduh bahawa pengetua, penolong kanan dan guru-guru menghalang Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammudin untuk menghadiri mesyuarat agung PIBG.

Pengerusi PIBG sekolah tersebut, Abdul Razak mengadakan sidang akhbar pada petang hari ini. Turut hadir adalah naib pengerusi PIBG dan ibu bapa.

Dia mengatakan bahawa pada mulanya mesyuarat agung PIBG pada tahun ini ditetapkan pada 16/8/08 (Sabtu),Datuk Seri juga berjanji untuk menghadiri mesyuarat tersebut melalui SMS, serta mengadakan pertemuan dengan pelajar dan ibu bapa.

Dia berkata pihak sekolah dan PIBG bermesyuarat pada Sabtu lepas, pengetua mengumumkan tarikh mesyuarat tersebut tidak memerlukan kehadiran Datuk Seri Hishammudin. Pada masa itu, alas an yang diberikan oleh pengetua adalah kerana 16/8/08 ada peperiksaaan, tidak sesuai untuk mengadakan mesyuarat tersebut.

PENGETUA UBAH SEWENANG-WENANGNYA TARIKH MESYUARAT AGUNG PIBG

Menurutnya, PIBG menganggap bahawa pengetua sendiri mengubah tarikh mesyuarat adalah untuk menghalang kehadiran Datuk Seri Hishammudin.

Dia berkata PIBG membantah perbuatan pengetua dan tidak akan menghadiri mesyuarat agung pada 19/7/2008. Mesyuarat agung tanpa kehadiran ahli PIBG adalah melanggar peraturan PIBG 1973, oleh itu adalah tidak sah jika diadakan.

“PIBG akan menggantung banner di sekitar Teluk Intan untuk memberitahu dan menyeru 700 orang ibu bapa supaya tidak menghadiri mesyuarat agung tersebut”.

Dia berkata, tujuan PIBG mengadakan sidang akhbar adalah untuk menggesa pengetua dan guru-guru supaya berhenti menyalah guna kuasa. PIBG juga menghantar memorandum kepada Kementerian Pelajaran untuk meminta kementerian mengadakan siasatan terhadap perbuatan yang tidak rasional yang dilakukan oleh pengetua dan guru-guru tersebut.


Kredit to http://amirfazwan.wordpress.com/. Thanks 4 da info!!!