tafsiran daripada kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita mengenai hari kelahiran mereka sekadar untuk renungan. Jangan terlalu mempercayainya kerana ia mungkin dihasilkan sekadar untuk pembacaan.
_____________________________________________________________________
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah serta pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya.
Namun, jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan pula, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya bijak mengolah keindahan mengenainya.
Cik Sabun: isk2..kbykn ciri2 di atas mmg sgt tepat utk kak Salana ye puan2 *larikk dulu sblm kne pelangkungg..wakaka* Isk2..kak nana nih bile la nk kawin ha?... mungkin merujuk kpd review di atas, pasti anda boley mengetahui 'puncanya' *mati akuuu..ngeh2*
SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun, pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.
Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi senang mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain.
Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.
Dalam soal kewangan, dia pandai berjimat, tidak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.
cik sabun: tabaek tao ckp cik G ske menduakan somii..* sbb die blom kawen lg la..ahaks* katenyew semua ciri2 kat ats x same lngsung ngn diri die *ke nk kaberline cik suzi? ngeee, memain jew*. Tp yg dia pling x puas ati sbb ade 1 ciri2 yg x dinyatakan pd ari selasa, dinyatakan pd ari laen..apekah ittew? err..ermm...erk!
RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat kepadanya, dia akan berbuat lebih jahat daripada orang itu. Namun, dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan menghargai orang. Suka mementingkan teman daripada dirinya sendiri.
Berfikiran terbuka, tidak pandai simpan rahsia dan tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang tertentu yang tahu melembutkan hatinya.
Dalam soal kewangan, dia pandai mencari duit tetapi kurang cermat menyimpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Dari segi seksualnya pula, boleh tahan bahkan dia adalah seorang yang romantik.
cik sabun: eehem2..*tetibe batok kannss* nape byk sgt puji ai nih..ai maloo la *sambey tunduk tgk lantai gaya ala2 wanita muslimah*.. mcm agak setuju dgn kbykn yg dinyatakan esp 1st ayat tuh..hoho *nmpk sgt ke'evil'an aku yew :p* dan paling tabley blah ngn ayat yg last. rOmantik? *jap, nk g muntah ijo kat toilet* ups! lupe2..aku bkongsi ari lahir ngn disha-gadis spt yg tertera pd gmba di atas..gamba aku? korang leh tgk kat tepi blog ni ha..kan adoo..isk2
KHAMIS
Suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tidak suka diganggu ketika bekerja dan bercita-cita tinggi.
Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun, dia tidak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yang baik dan buruk.
Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami tetapi akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya agak tinggi dan silap haribulan boleh mendorongnya ke lembah hina jika tidak terkawal jati dirinya.
cik sabun: paradayana!!! x senunuh hoccay! *smbey geleng2 kpala* isk2..tp ai taoo..cik para baek orgnyew, x sama lngsung dgn ciri2 yg dnyatakan di atas *farah! jgn lufer mlm nih delivery dominos pizza kat tmn sri serdang ya* tapi kann....err...kecuali part perenggan akhir tuh ai no komen bley x?..ngiahaha..
JUMAAT
Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang berbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tidak suka mengaku kesalahan sendiri.
Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai menyimpan harta demi masa depan. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat istimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi tidak suka dipaksa.
cik sabun: kasha berani menentang Razi? sungguh x supan hoccay!! ngehehe..xde maknenyew..cian kasha taoo..Sbenayew kasha nie adalah wanita paling kudus slps ai taoo *meniarap atas lantai pulak sbb jenuh menunduk gaya wanita muslimah*
SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak dan suka bertikam lidah adalah antara nilai dirinya. Namun, dia tegas pendirian, cerdas pemikiran serta teliti dalam banyak hal menjadikannya wanita istimewa. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita.
Apabila bercinta, suka menyelidik latar belakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin tetapi jika kena gayanya, ia penuh dengan kelembutan.
AHAD
Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk. Apabila bersuami, dia taat kepada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat dan mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain.
Antara keperibadiannya yang kurang disenangi adalah suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati sudah suka.
Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya agak tinggi.
_____________________________________________________________________
NotaKaki: kpd kak nana, suzi, disha, para ngn kasha..sowi eaa~~aku tao korang tak terasa..wakaka. sje jew nk glamkan kowang sekali sekala. Tp tabley selalu okke sbb akan menggugat populariti cik sabun yg sememangnya lebih glam..ngiahaha *evil laugh*.. uhuk~~ busan la dduk opis.. leh x balik awal??





