nak luah perasaan kat sini bole x?
korang x kisah kan?
kalau rase x best, x yah bace ye...
dulu,,ak start blaja berdikari sejak sekolah menengah..umur 13 tahun masuk asrama, bagi aku anak sulung yg manja nih merupakan pengalaman paling sukar waktu tu aku rasa.. 5 tahun di semesti, ak dikelilingi ramai kawan yg membesar sama2..scr jujur, kawan2ku hanya mreka dan aku kurang mengenali 'dunia luar'
masuk ma3x, ak juga ditempatkan bersama2 kwn2 x-semesti..tiada ada perubahan sosial yg berlaku, sama shj..kenali org yg sama, perangai yg masing2 aku boleh agak dan jalani kehidupan yg hmpir sama si semesti..cuma tidak terkurung sgt mcm di skull dulu..kadang2 bergaduh, merajuk2 manja, namun friendship ttp sama, tiada musuh2, tikam belakang walaupun kdg2 ada di antara kami bukan 1 kepala..
masuk U..satu perubahan besar dlm hidup aku..bukan setakat environment baru, malah kawan2 yg baru menyukarkan aku beradaptasi pd mulanya..bayangkan, setelah hampir 8 tahun berkawan dgn 'komuniti' yg sama, tiba2 ditempatkan di tempat yg terasing, rasa sedikit terkejut. agak perlahan jugalah aku mendapatkan "geng"..Dan sama shj apa yg aku lakukan sewaktu di sekolah, layanan dan kasih sayang aku kpd kawan2 baru sama shj.. Namun di siniah episod bermula, tikam belakang dan difitnah oleh sahabat sendiri, pertama kali aku rasakan dlm hidup aku... sakit..sakit sgt.. Mungkin disebabkan terbiasa dikelilingi kawan2 yg aku kenali sejak umur 13 tahun dan saling mempercayai, maka mereka juga aku layan spt kawan2 aku yg dulu..
Bila dah abis blaja, bukan shj rakan2 sebaya yg aku temui, malah ada juga kakak2 dan abang2 yg aku anggap spt 'family' juga..Entah kenapa, pengajaran peristiwa lalu x pernah serik dlm hidup aku..masih aku percayakan mereka, sayang mereka sgt2..smpi 1 masa apb aku dikecewakan lagi, aku jd down, sakit hati dan masih macam dulu..smpi 1 tahap kdg2 aku terfikir xmahu lg senang2 'memberi' kasih syg kpd org2 yg aku baru knl ttp...
_____________________________________________________________________
Pelik kan entry aku jd mcm nie..sbnanyew, dr segi luaran ramai yg mengatakan aku happy go lucky, kelakar, peramah dan bla..bla..bla.. Ye, aku senang ketawa, namun senang juga menangis dan kecewa.. tp alhamdulillah, di saat2 aku di'kecewa'kan, ada shj kata2 perangsang drpd kawan2/kakak2/abg2 yg masih sayangkan aku..ye, aku jua cepat 'kecewa', dan aku jua cepat 'sembuh'! Haha..semuanya 'cepat' dlm hidup aku kan..xle blah langsung...
Maaf klu korang anggap entry nie pelik, tp tujuan aku hanya ingin berTERIMA KASIH kpd orang2 di sekeliling yg masih bersama2 aku di kala susah dan senang, memberi kata2 perangsang, dan membangkitkan semangat aku.. Pedulikan apa org kata, masih lagi ramai yg sayang akan aku...dan aku akan terus menyayangi semua... longg termm~~ *tetibe..hehe*
NotaKakiKulatAir: mulenyew aku lupe tulis notakaki.. tp sanggup edit posting balik semata2 tuh..haha.. aku xde kulat air okke..atan je ade..isk2 :p